Khamis, 13 Disember 2012
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran TABIKA
Pendekatan
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran
Pemaju Masyarakat/guru Tabika KEMAS menggunakan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan diri, keperluan, kebolehan, bakat dan minat serta latar belakang kanak-kanak. Tujuannya ialah untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna, berkesan dan mengembirakan.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran adalah berasaskan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah iaitu :-

- Belajar Melalui Bermain
Proses pengajaran dan pembelajaran yang mengembirakan, meningkatkan keupayaan kognitif, keinginan untuk meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar dan halus, kemahiran berfikir secara inovatif, kritis dan kreatif serta membantu mengatasi perasaan bimbang dan tertekan. Pengalaman pembelajaran akan memberi kesan yang bermakna dan penguasaan kemahiran akan terbina dan membantu perkembangan ke tahap yang maksima. - Bertema
Pengajaran dan pembelajaran melalui satu tema atau topik yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat dan latar belakang kanak-kanak dijadikan sebagai alat untuk menguasai sesuatu kemahiran seperti bertutur, membaca, menulis, asas matematik dan berfikir di samping memberi peluang kanak-kanak meluaskan pengetahuan melalui tema yang dipilih. - Bersepadu
Proses pengajaran dan pembelajaran ini membantu kanak-kanak memahami hakikat kehidupan sebenar yang saling berkaitan antara satu sama lain dan bukannya sesuatu yang terpisah-pisah. Ini akan menyediakan kanak-kanak mendalamai atau meneroka sesuatu topik, banyak pilihan dan motivasi, menimbulkan kepuasan belajar, pembelajaran lebih aktif, menggembirakan, bermakna, meningkatkan daya imaginasi, kreatif, kemahiran berbahasa dan nilai murni. - Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Membantu proses pengajaran dan pembelajaran, memperolehi maklumat, berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri dan dengan rakan serta memperkaya pengalaman pembelajaran.
Pengajaran dan Pembelajaran TABIKA
Pengajaran dan Pembelajaran
Kurikulum
Tabika KEMAS mengguna pakai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang telah diwajibkan pengunaanya pada 1 Januari 2010 mengikut Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002) yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kanak-kanak yang belajar di Tabika KEMAS akan belajar mengikut 6 Tunjang Pembelajaran yang dilaksanakan secara bersepadu iaitu :-

i). Komunikasi
ii). Kerohanian, Sikap dan Nilai
iii). Kemanusiaan
iv). Keterampilan diri
v). Perkembangan Fizikal dan Estetika
vi). Sains dan Teknologi
ii). Kerohanian, Sikap dan Nilai
iii). Kemanusiaan
iv). Keterampilan diri
v). Perkembangan Fizikal dan Estetika
vi). Sains dan Teknologi
Tempoh Masa
Tempoh pengajaran dan pembelajaran di Tabika KEMAS adalah 4 jam mulai jam 7.30 pagi hingga 11.30 pagi atau 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Selain itu, KEMAS turut melaksanakan tambahan masa 2 jam (1 jam bagi setiap sesi) seminggu selepas waktu pengajaran dan pembelajaran untuk menjalankan aktiviti kokurikulum seperti kelas fardhu ain dan iqra’, Bahasa Inggeris, Muzik, Seni mempertahankan diri atau senaman dan seni tari mengikut keperluan.

Objektif TABIKA
Objektif
- Menggalakkan perkembangan Sosial, Emosi, Fizikal, Intelek dan Rohani (SEFIR) kanak-kanak melalui pelbagai pendedahan dan interaksi ;
- Menyedia dan mengembangkan kemahiran asas 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul) sebagai persediaan ke alam persekolahan ;
- Meluaskan pengalaman, peluang belajar dan mengembangkan potensi individu kanak-kanak melalui pengajaran dan pembelajaran yang terancang, sesuai dengan peringkat umur, kemampuan, kebolehan dan minat kanak-kanak ;
- Membentuk sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik ;
- Memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian, kreatif dan mengembangkan sifat ingin tahu ; dan
- Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan dan keselamatan yang baik melalui makanan tambahan yang seimbang, aktiviti fizikal dan rutin harian.
PENGENALAN TABIKA
Pengenalan
Program pendidikan awal kanak-kanak yang dianjurkan oleh KEMAS dikenali sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) merupakan program yang memberi peluang pendidikan awal bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun.
Konsep Tabika KEMAS ialah ‘Belajar Melalui Bermain’ yang diselaraskan dengan sifat semulajadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba. Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).
Konsep ini bertujuan untuk memberi peluang dan galakan kepada kanak-kanak menguasai kemahiran asas dan pengalaman yang akan memudahkan mereka menerima pendidikan formal di sekolah rendah kelak.
Disamping itu, ia juga bagi meningkatkan kecemerlangan potensi individu kanak-kanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak ditingkatkan dengan pemupukan dan pengukuhan kepada amalan nilai-nilai murni melalui usaha-usaha dan program yang terancang dan berstruktur.
Usaha ini bertujuan melahirkan pewaris cemerlang negara yang dibimbing dan dididik dalam suasana dan persekitaran yang sihat, ceria dan selamat di samping kerjasama erat dengan ibu bapa.

Sejarah KEMAS
KEMAS, Jabatan Kemajuan Masyarakat dikenali dengan nama (KEMAS) yang merupakan singkatan daripada ‘Kemajuan Masyarakat’. KEMAS pada asalnya dikenali dengan nama Bahagian Pelajaran Dewasa. Ia ditubuhkan secara rasmi oleh YAB Tun Abdul Razak Bin Hussien pada tahun 1961 melalui satu majlis yang diadakan di Rumah Persekutuan. Rasional penubuhan Bahagian Pelajaran Dewasa pada waktu tersebut diwujudkan setelah negara mencapai Kemerdekaan pada 1957 di mana satu bancian yang telah dilakukan pada tahun yang sama dan didapati seramai 1,868,948 orang dewasa dan 2,379,213 orang kanak-kanak yang berumur antara 10 hingga 14 tahun tidak tahu membaca dan menulis.
Dapatan kajian ini dilihat menjadi penghalang utama untuk kerajaan melaksanakan agenda pembangunan negara. Pada tahun 1958, Persidangan Pembangunan Masyarakat Kedua telah diadakan di Kuala Lumpur dan ia merupakan lanjutan dari Persidangan Pembangunan Masyarakat Pertama yang telah diadakan pada tahun 1953 di Taiping. Hasil daripada persidangan tersebut, satu perakuan oleh Jawatankuasa Khas Pelajaran Dewasa yang bermesyuarat pada 3hb Ogos 1960 telah dibincangkan di peringkat kabinet pada tahun yang sama melalui Kertas Kabinet Bil. 385/25/60. Fokus perbincangan kertas kabinet tersebut adalah memberi keutamaan terhadap pelajaran asas kepada rakyat yang buta huruf melalui Rancangan Pelajaran Dewasa sehinggalah satu kelulusan telah dikeluarkan untuk menubuhkan Bahagian Pelajaran Dewasa dan diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.
Kerajaan berpendapat bahawa pendidikan literasi mempunyai hubungan yang rapat dengan gerakan pembangunan masyarakat. Berdasarkan dua dasar dan strategi perlaksanaan utama Pelajaran Dewasa yang digariskan melalui Kertas Kabinet Bil. 2/54/61, (iaitu membasmi buta huruf di kalangan penduduk luar bandar dan memberi pengetahuan membaca dan menulis rumi kepada bukan Melayu), gerakan membasmi buta huruf telah diperkenalkan berdasarkan 3 peringkat utama seperti yang telah dirancang oleh YAB Tun Abdul Razak Bin Hussien (pengumuman beliau ketika pelancaran Hari Kenal Huruf Sedunia pada tahun 1968). Gerakan Pembasmian Buta Huruf telah dilaksanakan selama 15 tahun. Seterusnya, berdasarkan Kelas Asas Membaca dan Menulis, pelbagai kelas-kelas lain turut diwujudkan termasuk Kelas Bahasa Kebangsaan serta Kelas Bahasa Rumi (KBK/KBR). Hasilnya seramai 500,000 orang pelajar telah mendapat faedah dari program-program ini setiap tahun. Memandangkan keperluan permintaan yang kian meningkat setiap tahun, program pengambilan guru turut diadakan secara besar-besaran dan ini secara tidak langsung mewujudkan peluang pekerjaan yang luas terutamanya kepada golongan yang boleh membaca dan menulis. Latihan kepada golongan pengajar ini telah diberi secara berperingkat bagi menambah kemahiran sehingga melahirkan Kaedah Pengajaran dan Kurikulum Kelas Dewasa. Kurikulum ini meliputi pengawasan guru-guru oleh penyelia-penyelia berkelayakan yang dilantik melalui tapisan/ujian praktikal, kurikulum pelajaran berperingkat serta kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti pendidikan 3M yang meliputi kaedah Zaaba yang dipermudahkan oleh Embong Yahya (bimbingan dalam kerja-kerja seharian seperti pertanian, kesihatan, rumahtangga dan pendidikan anak).
Dengan penggabungan Sabah dan Sarawak dengan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, sebanyak 250 kelas telah berjaya dibuka di Sabah dan 60 kelas di Sarawak pada tahun 1965. Sempena pengistiharan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia pada tahun 1965, KEMAS yang pada ketika itu dikenali sebagai Bahagian Pelajaran Dewasa telah mengadakan Kempen Bulan Bahasa secara aktif terutamanya di kalangan pelajar kelas dewasa. Pada tahun 1963, kerajaan mempergiatkan lagi usaha menarik minat lebih ramai pelajar terutamanya golongan wanita melibatkan diri dalam Kempen Bulan Bahasa dan sebagai salah satu usaha bagi membasmi masalah buta huruf di kalangan penduduk luar bandar.
Bahagian Pelajaran Dewasa seterusnya memperkenalkan Kelas Ekonomi Rumahtangga (ERT) meliputi pendidikan asas membaca, menulis dan mengira serta bimbingan dalam pengurusan rumahtangga serta penyediaan makanan berzat. Pada tahun 1968, Kelas Agama Islam (KAI) dan Kelas Belajar Jawi (KBJ) mula diperkenalkan bagi menarik minat golongan berumur dalam membasmi buta huruf di kalangan mereka dan memberi bimbingan agama. KAI telah berjaya melatih seramai 118,045 orang pelajar melalui 4,851 buah kelas di seluruh tanahair.
Menjelang 1969, Kelas Latihan Kemahiran telah diperkenalkan bagi memberi kemahiran vokasional di samping membasmi buta huruf. Kelas latihan ini meliputi bidang-bidang kemahiran seperti motor mekanik (motosikal dan bot), elektronik (radio dan televisyen), kimpalan, pertukangan kayu/rotan (membuat perabot), solekan, dandanan rambut, jahitan pakaian (lelaki dan perempuan), pertukangan rumah dan sebagainya.
Majalah Bahagian Pelajaran Dewasa iaitu Majalah Dewasa serta Pendidikan Melalui Radio (Distance Education) telah diwujudkan dengan kerjasama Radio Malaya. Ianya merupakan salah satu medium bagi membantu usaha-usaha yang telah dijalankan terutamanya dalam bidang pendidikan agama, kesihatan, panduan pertanian, pembangunan diri dan sebagainya. Menjelang 1974, apabila jumlah penduduk buta huruf telah berkurangan kepada 1.7 juta orang, Kelas Bahasa Kebangsaan dan Kelas Belajar Rumi telah ditamatkan kecuali di Sabah dan Sarawak. KBR kemudiannya digantikan pula dengan Program Rancangan Pedoman Tugasan (Functional Literacy) yang dilaksanakan di semenanjung dengan kerjasama UNESCO.
Pada tahun 1970, Bahagian Pelajaran Dewasa telah distruktur semula kepada Bahagian Kemajuan Masyarakat (KEMAS) selaras dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertanggungjawab mengubah sikap masyarakat luar bandar serta bagi memastikan mereka menerima arus perubahan dan pembangunan progresif di samping memberi latihan agar masyarakat luar bandar terlibat secara aktif dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi sendiri, keluarga dan masyarakat. Antara program yang dijalankan ialah Kelas Ekonomi Rumahtangga (ERT), Kelas Latih Kerja (KLK), Rancangan Pedoman Tugasan (RPT), Kelas Agama Islam (KAI), Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika), Khutub Khanah Desa (KKD) dan Rancangan Desa Usaha (RDU).
Kaedah pelaksanaan program KEMAS ialah melalui pendekatan konsep 3K sebagai panduan pelaksanaan iaitu Kehendak, Keperluan dan Keupayaan. Pada tahun 1980, selaras dengan perubahan kehidupan masyarakat pada masa itu, sektor ekonomi telah diberi penekanan. Perubahan ini telah menyebabkan KEMAS mengubah strategi serta pendekatan dengan menggalakkan masyarakat luar bandar menceburkan diri dalam aktiviti penambahan pendapatan. Antara program yang dijalankan ialah aktiviti Budaya Niaga, Budaya Membaca, Projek Penambahan Pendapatan, Pendekatan Bersepadu Aktiviti KEMAS, Projek Gotong-Royong serta Halacara Baru Pembangunan Kampung dan Luar Bandar. Seiring dengan pelaksanaan program ini, pusat masakan, pusat-pusat pengeluaran dalam bidang jahitan, kraftangan dan sulaman telah diwujudkan. Perpustakaan Masyarakat dan Pusat Sumber juga diwujudkan di kawasan di luar bandar sebagai pusat rujukan dan pembelajaran masyarakat desa. Pada masa yang sama, Program Kecemerlangan Kanak-Kanak (PEKA) diperkenalkan untuk memberi kesedaran kepada ibubapa tentang kepentingan pendidikan awal kanak-kanak.

Latar belakang KEMAS
Latar Belakang
Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum sebagai KEMAS adalah lanjutan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program "Pembasmian Buta Huruf".
Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan konsep 'Functional Literacy' oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar.

Berikutan pelancaran "Dasar Ekonomi Baru" (1970), Bahagian ini telah ditukar namanya kepada "Bahagian Kemajuan Masyarakat" (KEMAS) dengan penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam erti kata sebenar.
Langgan:
Catatan (Atom)